BTPRINT memulakan operasi pada tahun 2012 sebagai sebuah syarikat percetakan kecil yang berfokus kepada cetakan silkscreen dan heatpress di Putatan, Sabah.
Kini, kami beroperasi di lokasi baharu di Pusat Komersial D’Sulaman, dan terus berkembang dengan menyediakan kemudahan tempahan secara dalam talian. Melalui laman web rasmi kami, pelanggan boleh membuat pesanan dengan lebih mudah serta mengikuti aktiviti dan perkembangan terkini BTPRINT.